Skip to main content

PROGRAM AMAL BERSAMA ANAK YATIM & MISKIN SEKINCHAN


:: Gombak Qaseh Showcase @ Sekinchan ::


Pada 25 Jun 2011 ( Sabtu) yang lalu, Gombak Qaseh telah menganjurkan satu program kebajikan sambil beramal bersama anak-anak yatim piatu dan miskin bertempat di Sekinchan, Selangor. Seramai 31 orang anak-anak yatim ini telah diraikan dan menerima sumbangan berbentuk wang tunai RM50 setiap seorang berserta  goodie bag sumbangan daripada Telekom Malaysia , Astro Oasis dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Aktiviti dan aturcara program yang dianjurkan oleh kumpulan pada hari tersebut adalah seperti berikut :

11.00 pagi

~ Ucapan alu-aluan daripada Ustaz Ayob selaku pengerusi dan pemilik pusat kebajikan anak-anak yatim dan miskin sekinchan.
~ Ucapan daripada Tol Sidang (ketua kampung) Encik Esa Ramly
~ Ucapan daripada Pengerusi Gombak Qaseh Encik Redzen
~ Sesi perkenalan dan beramah mesra bersama anak-anak yatim Sekinchan

12.30 tengahari
 ~ siap sedia untuk Solat Zuhur


 2.00 petang
~ Sedikit taklimat mengenai sukaneka sambil beramah mesra dengan anak-anak yatim tersebut.

2.30 petang
~ Acara sukaneka dimulakan (Indoor-game)
   i) Lambo Rock
  ii) Musical Chair
  iii) Puzzle
  iv) Hollahup

4.00 petang
~ Berehat sekejap untuk bersiap Solat Asar

5.30 petang
~ Acara sukaneka bersambung (Out-door game)
   i) bola ping pong dalam sudu
   ii) barisan terpanjang
  iii) tiup belon
  iv) sambut belon yang berisi air

Acara sukaneka tamat sebelum waktu maghrib kerana semua orang bersiap untuk Solat Maghrib. Selesai solat maghrib, program malam teruskan dengan bacaan doa selamat dan juga tazkirah. Habis sahaja bacaan doa selamat semua orang dijemput ke dewan makan untuk meneruskan aktiviti selanjutnya iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan juga penyerahan wang tunai hasil kutipan dan derma ikhlas daripada orang ramai kepada rumah anak-anak yatim dan miskin Sekinchan. Seperti biasa setiap program yang dianjurkan oleh Gombak Qaseh sesi bergambar adalah perkara wajib bagi mengabadikan kenangan bersama anak-anak tersebut.

Untuk melihat gambar-gambar pada hari tersebut sila layari di http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=10150218568742854&set=a.10150218539897854.298220.547857853&type=1&theater. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu kekurangan dan keperluan di rumah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada Gombak Qaseh kerana telah menganjurkan program seumpama ini. Semoga jasa baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal dariNya. Amin.

Comments

Gombak? rumah aida..eheh
Unknown said…
Aida duduk Gombak ker ? Akak selalu juga ke sana kalau ada meeting pasal charity group akak nih. Gombak Qaseh nih satu komuniti / group sukarelawan yang selalu buat program kebajikan dan amal. Akak tubuhkan group nih 3 tahun yg lepas. Akak namakan Gombak Qaseh sebab rata2 ahlinya di kalangan orang Gombak kecuali akak jer....hehehe sesat dari PJ. Next event kalau nak joint bolehlah.

Popular posts from this blog

RUMAH RAKIT TO' WAN KG TELUK NIPAH, PULAU INDAH

Di bawah jenama Rumah Rakit To' Wan yang berada di jeti pengkalan nelayan Kampung Teluk Nipah Pulau Indah, pemilik mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi. Jom kami kongsi kan dengan anda maklumat Rumah Rakit To' Wan yang pertama iaitu Rakit Ania. RAKIT ANIA Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi hingga sekarang. Kapasiti muatan bermula 10 hingga  15 orang pemancing pada satu sesi. Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada para pemancing. Pakej A kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM300 untuk satu rakit dan ianya adalah pakej privasi di mana tidak akan bercampur dengan pemancing lain dan hanya available pada hujung minggu hari Sabtu & Ahad.  Manakala pakej B hanya available pada hari biasa bermula Isnin hingga jumaat. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM30/rakit. Pakej ini anda akan bercampur dengan pemancing lain dengan erti kata lain tiada privasi.  BILIK TIDUR / ISTIREHAT Rakit Ania dilengkapi dengan kemudaha

ZYRA ROXX : FOLLOWER DATANG BERTUBI-TUBI

Banner This is part of my contribution to my blogger friend ! Syarat utama : a) Buat entry bertajuk ' Zyraroxx : Follower datang bertubi-tubi ' b) Letak banner diatas pada entry korang c) Letak bilangan Follower korang masa sebelum join segmen nie d) Letak link entry korang bawah entry  INI e) Follow blog  Zyraroxx  dan buah hatinya  Shawn f) Like Page beliau di  SINI g) Jemput follow dan terjah semua blogger yang join di  SINI Jumlah follower My Littlewing sebelum join segmen nie : 269 Tarikh tutup : 30/9/2012 Tag : hasnulyakin.blogspot.com http://syarliz.blogspot.com dianateo-dt.blogspot.com www.meitzeu.com cutebun.blogspot.com P/S Let's support each other !

MOST FAMOUS YOUNG MALAYSIA BLOGGERS

Do check it out their websites and find out yourself who are this people and how they became top ! 1. Lyssa Faizureen (  http://www.lyssasecret.com/  ) - 51,519 followers 2. Fatin Liyana (  http://honeykoyuki.blogspot.com/  ) -42,476 followers 3. Hanis Zalikha (  http://inibelogsaya.blogspot.com/  ) -38,472 followers 4. Maria Elena (  http://peliks.blogspot.com/  ) -30,849 followers 5. Zack Zukhairi (  http://zackzukhairi.blogspot.com/  ) -26,343 followers 6. Cik epal (  http://cikepal06.blogspot.com/  ) - 26,297 followers 7. Irine Nadia Marcello (  http://irinenadia.blogspot.com/  ) -24,952 followers 8. Elia (  http://jejariruncing.blogspot.com/  ) -24,111 followers 9. Yuyu Zulaikha (  http://kupukupukecik.blogspot.com  ) - 19,039 followers Next chapter I will furnish you more websites and blogger link for you to explore and  blog sphere. CHeers and happy weekend.