Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

KARNIVAL NEW YEAR COUNTDOWN TELUK BATIK 2014

Dijemput semua warga Perak datang beramai-ramai ke Teluk Batik bermula 28hb Disember sehingga 1 Januari 2014 sempena menyambut tahun baru 2014 yang akan berlangsung di Dataran Teluk Batik. Ajak kawan-kawan dan saudara mara sama-sama memeriahkan lagi karnival ini kerana pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur khas untuk para pengunjung sama ada dalam negeri Perak mahu pun pengunjung luar. Pelbagai pameran jualan akan dibuka bagi membuka peluang kepada peniaga dan usahawan tempatan untuk mempromosi barangan dan produk yang diniagakan. Pertandingan seperti mewarna juga disediakan untuk kanak-kanak sempena menyambut tahun baru 2014 di samping memberi peluang kepada generasi muda ini menonjolkan bakat mereka serta mengeratkan lagi silaturahim di antara peserta yang mengambil bahagian. Selain itu pertandingan seperti karaoke , pertandingan sukan rakyat dan persembahan artis jemputan juga akan dimuatkan sebagai pengisian acara bagi memantap