Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

MAJLIS PERASMIAN FOTOGRAFI #KOLEKTIF1 & BAS HOHO 2015 - WORLD TOURISM DAY 2015

Pelancaran Bas HOHO di Matic Pada 5 Oktober 2015 bertempat di Matic telah berlangsungnya majlis perasmian pameran fotografi #Kolektif1 dan pelancaran Bas Hop on Hop Off (HOHO) sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015. Pameran Fotografi #Kolektif1 ini adalah merupakan kerjasama strategik di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bersama Encik Yaman Ibrahim seorang jurugambar profesional tersohor di Malaysia diikuti oleh 28 orang lagi rakan jurugambar tanah air di datangkan khas dari Brunei.

HOMESTAY RIZQI SANDAKAN

MAIN ENTRANCE & EXTERIOR FRONT VIEW HOMESTAY RIZQI SANDAKAN merupakan salah satu homestay pilihan yang terdapat di daerah Sandakan,Sabah. Menurut Puan Rusnidah Pusing yang merupakan pemilik homestay, mengatakan bahawa idea untuk mengusahakan homestay ini timbul kerana mereka mempunyai rumah kedua dan rumah pertama selalu dibiarkan sunyi tanpa ada orang yang menginap. Bertitik tolak daripada itu maka pemilik telah mengambil keputusan agar rumah yang pertama dijadikan sebagai homestay. Pada mulanya hanya dijadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja namun disebabkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kini ianya telah menjadi satu perniagaan yang serius. Seperti yang anda lihat di dalam gambar, Homestay Rizqi Sandakan adalah jenis rumah teres dua tingkat yang berlokasi di Taman Indah Jaya Sandakan. Lokasi homestay ini sangat strategik berdekatan dengan bank, Secret Recipe, Old Town, Big Apple, KFC, Pizza Hut, Rekreasi Club, pasaraya dll. Ruang meletak kenderaan

KARNIVAL JUALAN MEGA 1MALAYSIA KINI KEMBALI

Bersama Penaja Jualan ekstravaganza sempena acara membeli-belah terbesar negara – acara tahunan Karnival Jualan Mega 1Malaysia– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat membeli belah dan rangkaian kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia. Jualan mega yang akan berlangsung selama lebih dua bulan bermula hari ini sehingga 31 Ogos akan dimeriahkan dengan penganjuran bazar Ramadhan di seluruh negara yang akan menyemarakkan lagi suasana membeli belah. Pelbagai tawaran hebat disediakan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi. Karnival Jualan Mega 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada tiga kempen membeli belah yang dianjurkan saban tahun oleh Sekretariat Shopping Malaysia, Tourism Malaysia. Dua kempen yang lain adalah Jualan 1Malaysia Grand Prix pada Bulan Mac dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia yang bermula 14 November hingga 3 Januari tah

PROMOSI MAGIC OF THE NIGHT 2015 & FLORIA DIRAJA 2015 BERSAMA KL HOP-ON HOP-OFF (HOHO) DI SEREMBAN

Tourism Malaysia dengan usahasama  Syarikat Elang Wah Sdn Bhd buat julung kalinya telah membawa bas dua tingkat KL Hop-on Hop-Off (HOHO) ke Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur bersempena dengan acara “Magic of The Night (MOTN)” yang berlangsung dari 28 Mei hingga 31 Mei 2015. Jelajah ini diadakan sebagai salah satu langkah Tourism Malaysia mempromosikan acara MOTN pada tahun ini.   Bandar Seremban menjadi lokasi persinggahan jelajah ini pada 25 Mei 2015 selepas Bandaraya Melaka. Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan (JKKNNS), Palm Mall Seremban, dan Kompleks Beli Belah Terminal 1 Seremban merupakan hentian bagi jelajah ini.

TEMASYA ZAMAN KEGEMILANGAN EMPAYAR MELAYU

Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu 2014 merupakan program anjuran dan kelolaan Ladang Alam Warisan (LAW) dengan kerjasama Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA), Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan. Temasya yang dibuat sempena Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan 2014 ini berlangsung selama dua hari dari 13 hingga 14 Disember 2014 bertempat di Ladang Alam Warisan, Bandar Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.

HAPPY NEW YEAR 2015 !!

Dear All, The Boarding on Flight 2015 has been announced . Your luggage should only contain the best souvenirs from 2014. The bad and sad moments should be left in the garbage. The duration of the flight will be 12 months. So, tighten your seat belt. The next stop-overs will be = Health, Love, Joy, Harmony, Well-Being and Peace. The captain offers you the following menu which will be served during the flight: A Cocktail of Friendship A Supreme of Health A Gratin of Prosperity A Bowl of Excellent News A salad of Success A Cake of Happiness All accompanied by bursts of laughter. Wishing you and your family an enjoyable trip on board of flight 2015. Let me thank all of you who made 2014 beautiful for me and pray that you be blessed with a fruitful year ahead.