Skip to main content

TEMASYA ZAMAN KEGEMILANGAN EMPAYAR MELAYU




Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu 2014 merupakan program anjuran dan kelolaan Ladang Alam Warisan (LAW) dengan kerjasama Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA), Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan.

Temasya yang dibuat sempena Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan 2014 ini berlangsung selama dua hari dari 13 hingga 14 Disember 2014 bertempat di Ladang Alam Warisan, Bandar Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.




Ia merupakan satu program yang julung kali diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat secara langsung tentang identiti dan usul bangsa Melayu. Masyarakat perlu disedarkan tentang kehebatan bangsa Melayu suatu ketika dahulu, menyemai kembali budaya dan warisan masyarakat Melayu yang kian dilupakan terutamanya generasi muda hari ini, mempertahan dan mendaulatkan institusi raja, mengenali tokoh-tokoh yang banyak berjasa dalam sejarah ketamadunan Melayu dan mempromosi aktiviti riadah sunnah seperti memanah dan berkuda yang merupakan sebahagian dari cara hidup orang Melayu dahulu kala.

Konsep yang diketengahkan ini diilhamkan sendiri oleh pemilik LAW, Encik Muhamad Akmal bin Dato’ Mohamad Dahalan dalam melestari, memulihara, memartabat, mempertahan serta mempromosi budaya dan warisan Melayu, sejarah ketamadunan Melayu serta sunnah memanah dan berkuda kepada rakyat Malaysia sendiri dan pelancong asing.



Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara penganjur, peserta dan masyarakat setempat. Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, LAW turut diketengahkan sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan.

Antara acara yang disusun seperti Seminar Ketamadunan Empayar Melayu yang disampaikan oleh Tun Suzana dan Ustaz Hassanuddin, perkongsian ilmu memanah tradisi Korea oleh Mr Kwak dari Korea, perkongsian sunnah berkuda oleh Sheikh Sufyian Nur dari Indonesia, persembahan nasyid dan qasidah yang dipimpin oleh Ustaz Alwi Al-Haddad dan Ustaz Farihin, demonstrasi ilmu mempertahankan diri oleh Ustaz Dhomir, persembahan kebudayaan caklempong dan tarian Melayu daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar, Senawang dan memanah lasak.



Pameran dan jualan juga turut mengambil tempat dalam temasya ini melalui petak-petak gerai dan pameran yang disediakan.

Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung pada hari kedua telah dimulakan pembukaannya dengan pelepasan panah berapi oleh 40 orang pemanah pada malam 13 Disember.

Seramai 174 orang peserta pemanah dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Dewasa, Wanita Dewasa, Remaja (berusia 18 tahun dan ke bawah) dan Kanak-Kanak (berusia 12 tahun dan ke bawah).


Kesemua peserta yang berpakaian busana dan tradisional Melayu sepanjang pertandingan ini telah mengikuti beberapa acara dan disiplin yang dipertandingkan merangkumi Panahan Pelbagai Jarak, Panahan Jarak Jauh (145 meter), Panahan Objek 3D dan Panahan Tangkas. 


#Ladangwarisanalam #KualaPilah #N.Sembilan #TourismN.Sembilan #TourismMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

RUMAH RAKIT TO' WAN KG TELUK NIPAH, PULAU INDAH

Di bawah jenama Rumah Rakit To' Wan yang berada di jeti pengkalan nelayan Kampung Teluk Nipah Pulau Indah, pemilik mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi. Jom kami kongsi kan dengan anda maklumat Rumah Rakit To' Wan yang pertama iaitu Rakit Ania. RAKIT ANIA Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi hingga sekarang. Kapasiti muatan bermula 10 hingga  15 orang pemancing pada satu sesi. Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada para pemancing. Pakej A kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM300 untuk satu rakit dan ianya adalah pakej privasi di mana tidak akan bercampur dengan pemancing lain dan hanya available pada hujung minggu hari Sabtu & Ahad.  Manakala pakej B hanya available pada hari biasa bermula Isnin hingga jumaat. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM30/rakit. Pakej ini anda akan bercampur dengan pemancing lain dengan erti kata lain tiada privasi.  BILIK TIDUR / ISTIREHAT Rakit Ania dilengkapi dengan kemudaha

ZYRA ROXX : FOLLOWER DATANG BERTUBI-TUBI

Banner This is part of my contribution to my blogger friend ! Syarat utama : a) Buat entry bertajuk ' Zyraroxx : Follower datang bertubi-tubi ' b) Letak banner diatas pada entry korang c) Letak bilangan Follower korang masa sebelum join segmen nie d) Letak link entry korang bawah entry  INI e) Follow blog  Zyraroxx  dan buah hatinya  Shawn f) Like Page beliau di  SINI g) Jemput follow dan terjah semua blogger yang join di  SINI Jumlah follower My Littlewing sebelum join segmen nie : 269 Tarikh tutup : 30/9/2012 Tag : hasnulyakin.blogspot.com http://syarliz.blogspot.com dianateo-dt.blogspot.com www.meitzeu.com cutebun.blogspot.com P/S Let's support each other !

Hari Pembukaan Kolam Pancing Afprow Saujana Utama

Sabtu lepas bersamaan 14 Disember 2019 telah berlangsung hari pembukaan secara rasmi "Kolam Pancing Afprow" kepada orang ramai. Kolam Pancing Afprow terletak di Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor.