Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

HOMESTAY RIZQI SANDAKAN

MAIN ENTRANCE & EXTERIOR FRONT VIEW HOMESTAY RIZQI SANDAKAN merupakan salah satu homestay pilihan yang terdapat di daerah Sandakan,Sabah. Menurut Puan Rusnidah Pusing yang merupakan pemilik homestay, mengatakan bahawa idea untuk mengusahakan homestay ini timbul kerana mereka mempunyai rumah kedua dan rumah pertama selalu dibiarkan sunyi tanpa ada orang yang menginap. Bertitik tolak daripada itu maka pemilik telah mengambil keputusan agar rumah yang pertama dijadikan sebagai homestay. Pada mulanya hanya dijadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja namun disebabkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kini ianya telah menjadi satu perniagaan yang serius. Seperti yang anda lihat di dalam gambar, Homestay Rizqi Sandakan adalah jenis rumah teres dua tingkat yang berlokasi di Taman Indah Jaya Sandakan. Lokasi homestay ini sangat strategik berdekatan dengan bank, Secret Recipe, Old Town, Big Apple, KFC, Pizza Hut, Rekreasi Club, pasaraya dll. Ruang meletak kenderaan

KARNIVAL JUALAN MEGA 1MALAYSIA KINI KEMBALI

Bersama Penaja Jualan ekstravaganza sempena acara membeli-belah terbesar negara – acara tahunan Karnival Jualan Mega 1Malaysia– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat membeli belah dan rangkaian kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia. Jualan mega yang akan berlangsung selama lebih dua bulan bermula hari ini sehingga 31 Ogos akan dimeriahkan dengan penganjuran bazar Ramadhan di seluruh negara yang akan menyemarakkan lagi suasana membeli belah. Pelbagai tawaran hebat disediakan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi. Karnival Jualan Mega 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada tiga kempen membeli belah yang dianjurkan saban tahun oleh Sekretariat Shopping Malaysia, Tourism Malaysia. Dua kempen yang lain adalah Jualan 1Malaysia Grand Prix pada Bulan Mac dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia yang bermula 14 November hingga 3 Januari tah