![]() |
Melihat pada gambar sahaja sudah membuat hati tertarik ingin berkunjung dan menginap di sini. Difahamkan bahawa Rumah Rakit Pak Seman ini mempunyai 6 unit rumah rakit yang berlokasi di Kampung Sepakat Kuala Rompin, Pahang.
.
.
Pakej penginapan bermula daripada RM200 ke atas setiap unit rumah rakit. Saiz bilik berkeluasan 168 kaki persegi. Manakala luas anjung ada lah 160 kaki persegi. Ruang untuk memasak juga turut disediakan yang mempunyai keluasan 112 kaki persegi.
![]() |
RUANG ANJUNG |
![]() |
RUANG DAPUR/MEMASAK |
![]() |
RUANG BILIK |
![]() |
PETI TELEVISYEN |
![]() |
BILIK MANDI |
Buat masa ini kemudahan internet beluma ada disediakan. Namun begitu, pemilik berkata kemudahan internet akan dipasang tidak lama lagi. Untuk makluman pemancing dan pengunjung di sini tiada alat pemanas air mandian disediakan. Dan kepada pengunjung yang ingin menggunakan seterika hendaklah memaklumkan kepada pengurusan rumah rakit kerana ianya tidak disediakan kecuali atas permintaan pengunjung.
Selain aktiviti memancing, pengunjung yang menginap boleh mengadakan program sendiri seperti menyambut hari jadi, seminar atau ceramah, kursus motivasi dan sebagai nya bersesuaian dengan keadaan dan masa. Bagi pemancing yang membawa anak atau yang kurang upaya hendak lah mendapat pengawasan rapi dari orang dewasa oleh kerana keadaan tempat yang kurang sesuai untuk kanak-kanak mahu pun OKU.
Ini adalah antara hasil yang berjaya dinaikkan oleh pemancing yang pernah berkunjung di Rumah Rakit Pak Seman. Biasa nya ikan yang selalu dinaikkan adalah seperti ikan baung, ikan duri, ikan gelama, ikan kerapu dan si sepit biru (udang galah).
.
Bagi pengunjung yang semata-mata datang untuk bercuti boleh lah menempah chalet 1 tingkat atau 2 tingkat yang masing-masing mempunyai 2 unit bilik untuk diinapi. Untuk sebarang tempahan rumah rakit atau chalet, boleh terus hubungi Encik Shaiful +6014-8044348 / +6019-9647985 Puan Nora untuk info lanjut.
Sumber FB : Rumah Rakit Pak Seman Kuala Rompin
Comments