Skip to main content

RESTORAN GH CORNER SANDAKAN, SABAH


Main Entrance
Side View 

Restoran GH Corner Sandakan dimiliki sepenuh nya oleh GISB Holdings Sdn Bhd yang berpusat di Rawang, Selangor. Difahamkan restoran GH Corner Sandakan baru sahaja beroperasi pada 14hb April 2018 lalu dan telah dirasmi oleh YB Jusli Hj Ajirol. Kebetulan dalam masa yang sama admin berada di Sandakan atas urusan kerja, jadi kesempatan dan peluang yang ada tidak dilepas kan untuk menambah 'wishlist' lokasi tempat makan yang boleh dikunjungi sekiranya anda berkunjung di Sandakan.






Konsep restoran adalah makanan halal dengan tagline 'Ingat Makan Ingat Tuhan'. Tujuan restoran GH Corner diwujud kan adalah untuk membantu anak remaja lepasan SPM dan juga yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Kebanyakan pekerja yang ada di restoran ini diambil daripada Akademi Genrasi Harapan di bawah naungan GISB Holdings Sdn Bhd sendiri. Mereka diajar dan diberikan latihan khusus bagaimana mengendalikan dan menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan dan cara-cara melayan pelanggan dengan baik.

Untuk makluman pembaca, restoran GH Corner juga menerima jemputan daripada mana-mana syarikat korporat, orang-orang kenamaan atau keluarga yang mengadakan majlis tahlil, kenduri dan doa selamat. Mereka juga sentiasa mengadakan program amal dengan menjemput anak-anak yatim piatu bersama. 








GH Corner mempunyai kira-kira 30 cawangan termasuk di Semarang, Indonesia. Malah akan ada banyak lagi menyusul di masa akan datang. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan ianya akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda. Restoran GH Corner Sandakan mempunyai 2 tingkat. Pelanggan boleh memilih sama ada nak duduk di tingkat atas atau pun di bawah. Istimewa nya di tingkat atas pelanggan boleh buat program seperti seminar, sambutan hari lahir atau majlis ramah mesra bersama keluarga. 









Kemudahan tempat meletak kereta untuk pelanggan ada disediakan berdekatan dengan restoran GH Corner Sandakan. Masa perniagaan bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari Isnin - ahad.
Kemudahan Wi-Fi akan dipasang tidak lama lagi bagi memudahkan pelanggan melayari internet. 
Antara menu yang menjadi kesukaan pelanggan adalah seperti Nasi Maqlubah Kambing yang mempunyai keunikan sendiri di mana semasa menu ini dimasak lauk nya berada di bawah dan nasi di atas. Maksud maqlubah adalah terbalik. Beriani Kerachi Ayam juga tidak kurang hebat nya yang dicampur dengan tomato dan sedikit cili padi. Begitu juga dengan Mee Goreng Ayam, Carbonara Di Mare, Aglio Olio Di Mare dan Menemen Turkish. Semua nya sedap belaka. Kami makan sampai tak pandang orang lalu lalang. Selain dari menu utama, pelanggan juga boleh memesan pencuci mulut seperti Banana Split. Untuk mengetahui sama ada makanan yang disediakan di sini berbaloi untuk wang anda atau layanan yang diberikan adalah terbaik, anda kena datang sendiri menilai nya. Dan kami memang mencadang kan anda wajib datang ! 



Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Restoran GH Corner Sandakan terutama Puan Sharifah, chef-chef muda yang dididik dan terlatih serta pekerja yang lain kerana sudi menerima team kami untuk membuat liputan media. Semoga dengan penulisan dan review ini akan dapat membantu mempromosi Restoran GH Corner Sandakan agar dikenali dan menjadi sentiasa menjadi pilihan nombor satu bagi kategori makanan muslim dan halal di daerah Sandakan khasnya dan umum nya di Sabah. Semoga akan bertambah maju dan berdaya saing dan yang paling penting dapat membantu anak-anak muda tempatan menjadi insan yang berguna pada bangsa dan agama. 


Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon seperti di bawah ini :

Restoran GH Corner Sandakan
Block C, Lot 23
Ground Floor & First Floor
Utama Place, Phase 1, Mile 6
Jalan Utara
90000 Sandakan, Sabah
Facebook: GH Corner Sandakan
Website : http://corporate.gisbholdings.com/

Person To Contact :

Haris 6016-5831329
Siti Nurjannah 6017-8300617








Comments

Popular posts from this blog

RUMAH RAKIT TO' WAN KG TELUK NIPAH, PULAU INDAH

Di bawah jenama Rumah Rakit To' Wan yang berada di jeti pengkalan nelayan Kampung Teluk Nipah Pulau Indah, pemilik mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi. Jom kami kongsi kan dengan anda maklumat Rumah Rakit To' Wan yang pertama iaitu Rakit Ania. RAKIT ANIA Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi hingga sekarang. Kapasiti muatan bermula 10 hingga  15 orang pemancing pada satu sesi. Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada para pemancing. Pakej A kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM300 untuk satu rakit dan ianya adalah pakej privasi di mana tidak akan bercampur dengan pemancing lain dan hanya available pada hujung minggu hari Sabtu & Ahad.  Manakala pakej B hanya available pada hari biasa bermula Isnin hingga jumaat. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM30/rakit. Pakej ini anda akan bercampur dengan pemancing lain dengan erti kata lain tiada privasi.  BILIK TIDUR / ISTIREHAT Rakit Ania dilengkapi dengan kemudaha

ZYRA ROXX : FOLLOWER DATANG BERTUBI-TUBI

Banner This is part of my contribution to my blogger friend ! Syarat utama : a) Buat entry bertajuk ' Zyraroxx : Follower datang bertubi-tubi ' b) Letak banner diatas pada entry korang c) Letak bilangan Follower korang masa sebelum join segmen nie d) Letak link entry korang bawah entry  INI e) Follow blog  Zyraroxx  dan buah hatinya  Shawn f) Like Page beliau di  SINI g) Jemput follow dan terjah semua blogger yang join di  SINI Jumlah follower My Littlewing sebelum join segmen nie : 269 Tarikh tutup : 30/9/2012 Tag : hasnulyakin.blogspot.com http://syarliz.blogspot.com dianateo-dt.blogspot.com www.meitzeu.com cutebun.blogspot.com P/S Let's support each other !

PERHENTIAN ISLAND VACATION TRIP 2011

Salam|Namastee|Good Day| It's been 1 week I have leaved Perhentian Island............I extremely missing the island, missing the blue sandy water and the wonderful memories with wonderful people around me.....:-( I wish I can go back again perhaps next year. Anyway to my dearest Zaffira here I come to share my Perhentian Island trip plus wonderful pictures for you to see. I went to Perhentian Island in Terengganu on 14 - 16 May 2011, 2D2N within budget RM420 all in. We leaved KL on Saturday night (13th May) at 10.30 pm from KL Sentral by AGAG Tour & Travel bus (chartered). The journey roughly 7 to 8 hours to reach to Kuala Besut Jetty in Terangganu. Due to some technical problem during the journey we delay 2 hours and end up we reached Kuala Besut jetty at 9.30 am in the morning instead of 6 am (this is the correct estimated time we supposed to be there ) anyway that is not the big issue as long as we reach safely to our destinations. We had our morning