Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

TIMBERLAND

Good timber does not grow with ease: The stronger wind, the stronger trees; The further sky, the greater length; The more the storm, the more the strength. By sun and cold, by rain and snow, In trees and men good timbers grow. - Douglas Malloch -

Ramadhan Buffet Dinner @ Hotel Sandakan, Sabah.

Warga Sandakan, jangan lupa ajak sanak-saudara dan kawan-kawan mencuba sendiri ramadhan buffet yang disajikan oleh Hotel Sandakan. Tema dan konsep buffet ramadhan tahun ini 'MAPHILINDO' adalah gabungan daripada tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Terdapat 80 menu dan juadah berbuka puasa hasil gabungan ketiga negara disediakan khas kepada pengunjung di Palm Cafe bermula jam 5.30 petang hingga 9 malam. Harga yang dikenakan ke atas orang dewasa adalah sebanyak RM55, manakala kanak-kanak serendah RM25 seorang dan warga emas adalah sebanyak RM45 sahaja. Jangan berlengah, jangan bertangguh terus hubungi 089-221122 ext 8003/8004 (Sales Dept) untuk membuat tempahan sekarang. #HotelSandakan  #RamadhanBuffet2019 #Sandakan #LTSMedia #MenuBerbukaPuasa2019

Kg Kem Pulau Mumiang Sandakan, Sabah.

Ndak dapat memancing not big problem to me. Yang penting sia dapat snap gambar orang memancing bahagia sudah sia rasa. Dua orang budak lelaki dalam gambar nih adalah pelajar sia di Pulau Mumiang. Sia panggil dorang orang laut sebab kemahiran dan pengetahuan dorang dalam perihal laut dan semua nama jenis ikan yang ada di laut. Kadang tu dorang bawa sia pigi mancing di laut lubuk yang mana ada ikan. Hebat bah budak-budak ini sia memang salute la sama dorang. Masa snap ini gambar dorang tidak tau, sia candid bah ini. Sia sengaja simpan sini sebagai koleksi dan kenangan. Mana la tau satu hari nanti dorang nampak ini gambar, mesti dorang happy. Harap akan datang sia mau snap lagi banyak-banyak gambar budak-budak ini. Biar berhambur gambar dorang di sini supaya bila sia rindu sama dorang, sia pun boleh tengok gambar dorang sini. Sampai sini saja ah sia bekunyanyang. itu pun macam panjang sudah sia bekurapak di sini. Ok lah sia tidur dulu kalau rajin sia share lagi esok. Selamat

Ocean Palm Seaview Condo - Tanjung Kling Melaka

View from my room Last year sia pigi bercuti di Melaka with bunch of friends and their family. Sia nih kana invite oleh dorang joing trip family dorang. Bilang orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Kebetulan hujung tahun sia memang free bah tiada planning mau ke mana-mana jadi sia terus kasik jadi la ikut sama dorang. Nah sia ambil flight dari Sandakan direct ke Kuala Lumpur. Sampai KLIA sia punya kawan fetch di airport. Next day terus kamiorang drive ke Melaka dan check in di Ocean Plam Seaview Condo yang terletak di Tanjung Kling, Melaka. Besar juga dia punya space oh memang sesuai kalau stay vacation sama family and friends. Sewa pun tidak la mahal sangat dalam RM300++ satu malam kalau sia ndak silap. Kamiorang stay 3H2M saja. Kelengkapan asas ada juga disediakan oleh tuan punya condo tu. Kalau mau memasak pun boleh dapur sama kelengkapan lain dorang kasik sedia juga bah. Mau beli minuman tin nah bulih juga kamurang simpan dalam itu peti sejuk. Memang serba lengka

Selamat Hari Ibu !

Disebabkan satu dunia hari ini wish selamat hari ibu, sia pun ndak juga bah mau ketinggalan mau juga teampit wish sama semua kaum ibu di seluruh semesta alam nih. Tanpa ibu kita ndak kita besar macam sekarang. Ndak la sia mau kasik panjang-panjang tulis cuma sia doa kan semua ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anak, sia doakan semoga sentiasa dalam jagaan dan lindungan maha pencipta yang agung. To my late mom, sia juga hari-hari angkat tangan sama pencipta supaya diringankan segala seksaan kubur dan diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Damai dan tenang la mama di alam sana. Dulu dan kini sia tetap sayang dan kasih sama mama ya. Dan of course rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Kamurang yang masih ada orang tua jaga lah dorang bagus-bagus. Jangan sakit dan jatuhkan air mata dorang. Selagi orang tua kita hidup, belai dan sebarkan sayang kepada mereka bukannya wang ringgit semata-mata. Bye.

Mancing di Kuala Gum Gum Batu 12 Sandakan, Sabah

Trip nih sia pigi bulan Ogos tahun lalu ngam-ngam tarikh hari jadi sia 21.08 - tahun ndak payah la kamurang tau ah :). Sia pigi ini trip sama kawan-kawan yang satu hobi juga. Dorang yang bawa,  sebab sia mau test power kunun di Kuala Gum Gum nih. Kawan bilang, lubuk sini memang banyak ikan kalau bernasib baik dan keadaan air cantik kaw-kaw la ikan menyangkut. Nasib time sia sama kawan-kawan pigi air cantik. Jangan kamurang hairan sia nih kalau jumpa laut macam kesarungan sudah. Sampai ada kawan bilang sia sama laut berpisah tiada kunun. Nah hantam la kamurang mau cakap apa yang penting sia enjoy tarik kain. Time sia pigi ini walaupun air cantik, ada juga berombak tapi gian punya pasal dikasik berani saja itu hati gara-gara mau dapat ikan mega. Dakat dua jam la begitu perjalanan ke tengah laut. Habis saja tekong kasik turun jangkarnya macam kesarungan sudah semua ndak kesabaran mengumban pancing macam saja takut ikan lari :). Begitu laitu kalau sudah dipanggil pemancing tegar nd

Matahari Terbit Di Bumi Kampung Kem Pulau Mumiang, Sabah.

Setiap kali sia masuk mengajar di Pulau Mumiang nih memang ndak pernah sia ketinggalan mau shoot gambar masa matahari baru mau naik. Nah, sia kasik tau sama kamurang yang belum pernah pigi ini tempat, view nya memang lah sangat 'Awesome' orang putih bilang. Sia rasa sangat damai dan tenang saja itu hati sama sia punya kepala kosong saja macam indada masalah saja (padahal betimbun-timbun). Yang best nya lagi awal-awal pagi kamurang nampak la mangak nelayan satu demi satu keluar ke laut mencari rezeki untuk keluarga. Nah kalau orang bandar jam 5.30 pagi tu masih lagi ada yang membuta sama selimutnya. Kamurang bayangkan bah time sia shoot ini gambar, sia sambil minum kupi lagi oh. Mau kasik lagi kick itu kupi nah makan sama kontok-kontok bah baru ngam - mantap bah kan urang Sabah. Baru kupinya tu yang cap lampu tu kaw-kaw lagi dibuat, mana bah kamurang mau cari nikmat hidup begini. Bah, sia lama baini sudah tidak menulis disebabkan talampau sibuk kunun sampai behabuk sud